Thursday 20 October 2011

Starting Over

Assalamualaikum.

Masuk kali ni dah x tahu berapa kali rasanya saya buat blog. Memang x pernah tetap hati 

nak buat satu-satu perkara ^_^ Takpelah, kali ni nak cuba lagi. Bukan apa, bila tengok and 

baca blog yang orang lain buat, sangat-sangat inspiring untuk orang lain baca. Latest, saya 

follow blog seorang pelajar Malaysia yang belajar kat luar negara. Insya Allah, nanti nak 

letak link blog dia kat page saya ^_^


Hari ni rasanya dah masuk minggu kedua cuti untuk students UiTM. Insya Allah, bulan 

depan, saya dah jadi budak Science semester ketiga. Alhamdulillah. Cuma sekarang masih 

takut and sangat nervous tunggu results keluar. Rasanya, x buat yang terbaik untuk 

Calculus. Wallahualam. Sekarang ni cuma dapat doa and tawakkal. Kalau ditakdirkan untuk 

ambik lagi paper tu next semester? ^_^ Takpe, saya tahu saya perlu perbaiki lagi. 

Sebenarnya, paper tu x susah mana pun. Mungkin sebab saya kurang minat dalam hal-hal 

berkaitan nombor, so, susah sikit nak score. Eh, eh, stop kat sini ye? Asyik cakap pasal 

exams je ^_^ Bila nak inspire? 


Yang nak diceritakan rasanya takdelah penting sangat. Cuma, mungkin boleh membuka 

mata sesetengah daripada kita yang berkemampuan untuk menunaikan Haji tapi belum lagi 

berkesempatan ^_^


Petang tadi, masa tengah tunggu ibu pulang kerja, terbuka hati nak tengok Rancangan 

Ikhtibar dari Tanah Suci, channel Oasis. Topik yang dibincang pula sangat-sangat membuka 

mata dan minda untuk berfikir. Topik nya ialah " Menggeletar di tanah Suci " Maaf kalau 

tersalah. Anugerah yang sangat bernilai diperoleh seorang pak cik yang bukan lulusan 

universiti, yang mungkin kurang ilmu agama berbanding profesor dan para ustaz. Beliau 

tetamu yang dipilih Allah untuk melihat kebesaran yang ada di sebalik pintu Kaabah. Pada 

 hari beliau dipilih, dia sendiri dapat rasa betapa x tenangnya hati. Beliau rasa bimbang 

semacam. Haji Manaf, nama diberi. Beliau yang waktu tu datang nak menunaikan ibadat 

 seperti biasa, perasan kehadiran ramai tentera atau mungkin polis, yang berjaga dekat 

setiap penjuru Kaabah. X lama lepas tu, datang tiga warga Arab, memakai jubah

berwarna putih naik tangga yang sebelum tu disorong oleh mungkin pembantu-pembantu 

yang lain. Orang arab sendiri percaya yang memegang kunci Kaabah merupakan

keturunan Nabi Ibrahim as. Pemuda yang di tengah terus membuka kunci kepada pintu 

Kaabah manakala dua orang di sebelahnya, menolak pintu Kaabah. Takdir menentukan Pak 

Cik Manaf dan seorang lagi warga Yaman untuk melihat apa jua kebesaran yang ada si 

sebalik pintu tersebut. Apa pun yang ditunjukkan Allah, mereka berdua terus menangis. 

Wallahualam, apa yang ada di dalamnya, tidak diceritakan dalam rancangan itu. Beliau 

sendiri tidak pernah menceritakan dengan keluarganya sendiri. 


 Subhanallah, betapa saya nak sangat jumpa dengan beliau, dengar dengan lebih dekat, 

bertanyakan apa jua soalan yang ada dalam fikiran. Subhanallah, beliau tidak berhenti 

menangis semasa menceritakan pengalamannya. Teruja rasa nak pergi, bawa ayah dengan 

ibu. Kalau boleh, nak bawa semua sekali. Insya Allah.


Saya terfikir, pengalaman ini dah jelas sangat menunjukkan yang Allah x pernah 

memandang hamba-hambanya atasa perkara-perkara keduniaan. Kalau ya, kenapa Dia x 

pilih hamba-hambanya yang lebih berjaya daripada Haji Manaf tadi, yang pekerjaannya 

sekadar bertani? Cuma kita yang x pernah perasan dan x pernah nak bersyukur pun atas 

kurniaan Nya. Ingatan buat diri saya juga sebab selalu sangat leka dengan tanggungjawab 

dunia ^_^


Maaf kalau ada tersalah maklumat. Okay, rasanya dah cukup kot perkongsian ni. 

Harap-harap lepas ni, rajin nak update blog 

walaupun x ada siapa nak baca ^_^ Insya Allah. Assalamualaikum.